Home Nasional Sultan Nazrin berangkat ke Makan Malam Gala Diraja St John's Institution
Nasional

Sultan Nazrin berangkat ke Makan Malam Gala Diraja St John's Institution

Sultan Nazrin berangkat ke Makan Malam Gala Diraja St John's Institution

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berangkat ke Majlis Makan Malam Gala Diraja St John\’s Institution di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara.

Majlis diadakan bersempena ulang tahun ke-120 sekolah itu.

Keberangkatan Sultan Nazrin yang merupakan bekas pelajar di institusi berkenaan disambut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Ketika berucap pada majlis itu, Pengerusi Yayasan Kepimpinan Johannian, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menyatakan, majlis itu melangkaui sambutan yang merupakan sebahagian daripada misi lebih besar, tidak sekadar memelihara legasi Institusi St John, malah melabur pada masa depan.

Dalam pada itu, usaha dilakukan bagi pembinaan perpustakaan digital tercanggih untuk St John\’s Institution sebagai hab penyelidikan.

Pembinaannya akan bermula dalam masa terdekat dan dijangka siap pada suku pertama tahun depan.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...