Home Nasional Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Nasional

Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266

Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 JULAI -Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahimberkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.

Mesyuarat selama dua hari bermula semalam itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Berangkat sama, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mesyuarat pada hari ini turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

Kali terakhir mesyuarat MRR diadakan adalah pada 21 Februari lepas yang turut berlangsung selama dua hari.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....