Home Nasional Subsidi tarif elektrik: 'Syukur Alhamdulillah ringankan beban kami'
Nasional

Subsidi tarif elektrik: 'Syukur Alhamdulillah ringankan beban kami'

Subsidi tarif elektrik: 'Syukur Alhamdulillah ringankan beban kami'

Tinjauan RTM di ibu negara

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Rata-rata masyarakat menarik nafas lega susulan tiada kenaikan tarif elektrik di Semenanjung mulai 1 Januari sehingga 31 Jun 2025.

Menerusi tinjauan RTM di ibu negara, keputusan itu dilihat dapat meringankan beban perbelanjaan bulanan isi rumahdemi kesejahteraan rakyat.

\”Sebagai rakyat Malaysia, terutama golongan B40, langkah ini sangat membantu. Jika tarif dinaikkan, ia pasti membebankan kami. Jadi, syukur Alhamdulillah,\” kata Mohd Azarul Hakim Azami.

\”Keputusan ini sangat bagus. Bil elektrik sekarang pun boleh tahan tinggi. Jadi, langkah ini membolehkan kita mampu bayar,\” kata Ramlah Deraman.

Dalam pada itu, pengguna dengan keluarga besar turut meluahkan kelegaan mereka.

\”Saya ada ramai anak yang guna banyak elektrik. Kalau kerajaan terus kekalkan langkah ini, ia pasti lebih baik untuk semua rakyat,\” ujar Noraini Ariffin.

Semalam, kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik di Semenanjung bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan.

Keputusan ini dicapai menerusi pelaksanaan kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT), yang mengekalkan subsidi elektrik secara bersasar.

Langkah ini membuktikan komitmen kerajaan untuk melindungi kesejahteraan rakyat, terutama pengguna domestik, daripada beban kos elektrik yang meningkat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....