Home Nasional Subsidi tambang penerbangan dilanjutkan sempena musim perayaan
Nasional

Subsidi tambang penerbangan dilanjutkan sempena musim perayaan

Subsidi tambang penerbangan dilanjutkan sempena musim perayaan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke / Foto RTM

SEPANG, 26 Januari – Dalam usaha meringankan beban rakyat, kerajaan telah melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum pada musim perayaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata langkah tersebut bukan sahaja membantu mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap harga tiket penerbangan yang mahal, malah ia juga mencerminkan keprihatinan kerajaan MADANI kepada rakyat.

“Kita telah lihat, setelah setahun melaksanakan dasar ini, semasa musim perayaan kita berjaya mengawal harga tiket penerbangan.Kita juga berjaya memastikan tiada aduan daripada penumpang.

\”Media juga tidak lagi mendengar isu harga tiket sehingga mencecah RM2,000 untuk balik ke Tawau atau RM1,500 untuk balik ke Sandakan. Semua penerbangan dalam tiga hingga empat hari sebelum musim perayaan telah ditetapkan harganya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelepasan Penerbangan Tambahan Malaysia Airlines (MAS) ke Tawau dan Sandakan, Sabah, sempena Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Sabtu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....