Home Nasional Suami isteri warga emas terlibat kemalangan, seorang maut
Nasional

Suami isteri warga emas terlibat kemalangan, seorang maut

Suami isteri warga emas terlibat kemalangan, seorang maut

Keadaan kereta yang dinaiki dua mangsa warga emas (biru) dan sebuah kenderaan lain (perak) di Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan semalam

GUA MUSANG, 15 Julai- Suami isteri warga emas terlibat kemalangan apabila kereta dinaiki hilang kawalan di Kilometer 60, Jalan Gua Musang-Lojing, di sini, Kelantan, semalam.

Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis (SP) Sik Choon Foo menerusi kenyataan hari ini berkata, dalam kejadian kira-kira 3.40 petang, wanita, 63, maut, manakala suaminya, 75 mengalami kecederaan.

Siasatan mendapati kereta dipandu suami mangsa dari arah Gua Musang ke Lojing dipercayai hilang kawalan ketika mengambil selekoh ke kanan hingga mengakibatkan kenderaan berpusing masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh sebuah kenderaan lain.

Pemandu berusia 44 tahun tersebut dilapor mengalami kecederaan ringan.

Ketiga-tiga mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, mangsa wanita warga emas disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan dan mayat dibawa ke Unit Forensik hospital terbabit untuk bedah siasat.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

1507 KB KEMALANGAN WARGA EMAS MAUT VISUAL INSHOT 2
Kereta yang dinaiki dua mangsa warga emas

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...