Home Nasional Suami isteri warga emas, cucu rentung dalam kebakaran di Pagoh
Nasional

Suami isteri warga emas, cucu rentung dalam kebakaran di Pagoh

Suami isteri warga emas, cucu rentung dalam kebakaran di Pagoh

FOTO JBPM Johor

MUAR, 9 Ogos- Tiga rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Johor, 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, seorang mangsa terselamat dalam insiden itu, dan hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa yang rentung terdiri daripada pasangan suami isteri berumur 82 dan 76 tahun, serta cucu perempuan mereka berumur 11 tahun.

Mangsa yang terselamat, remaja perempuan berumur 14 tahun, juga merupakan cucu kepada kedua-dua warga emas itu.

Seramai 21 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh dan Muar, digerakkan ke lokasi, dan kebakaran dipadamkan pukul 4.15 pagi.

Punca kebakaran belum dikenal pasti, dan sedang disiasat.

Mangsa yang rentung dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, untuk dibedah siasat, manakala mangsa yang terselamat, telah dirawat di unit kecemasan.

Sementara itu, polis sedang mengesan anak saudara pasangan warga emas itu,Azman Mohamed, berumur 48 tahun, yang tinggal bersama mereka, untuk membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....