Home Nasional Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Nasional

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Foto IPD Seri Alam

JOHOR BAHRU, 17 November-Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Besar-Jalan Masjid, Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 37 dan 35 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

\”Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dirempuh dari arah Jalan Besar menghala Lebuhraya Pasir Gudang.

\”Pemandu kereta berusia 34 tahun itu dilaporkan telah melanggar isyarat lampu merah sebelum melanggar motosikal mangsa yang dari arah Jalan Masjid ke Lebuhraya Pasir Gudang.

\”Pemeriksaan awal mendapati suspek di bawah pengaruh alkohol, melebihi paras ditetapkan,\” katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat mengikut seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....