Home Nasional Strok haba punca kematian pelatih PALAPES UiTM
Nasional

Strok haba punca kematian pelatih PALAPES UiTM

Strok haba punca kematian pelatih PALAPES UiTM

Foto hiasan

SHAH ALAM, 27 November– Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 November lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menyertai unit beruniform itu sejak Oktober lepassedang menjalani ujian kecergasan sebelum latihan asas dimulakan pada tahun hadapan.

Beliau berkata semasa hari kejadian pada 10 November, mangsa telah didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi lariandan kali terakhir dilihat sedang melompatsebelum rebah.

Hussein berkata bapa mangsa yang membuat laporan berhubung perkara itu pada 15 November,dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pihak Hospital Shah Alam yang menghubungi beliauberhubung keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri.

\”Mangsa telah dirawat di Wad Kecemasan Zon Merah Hospital Shah Alam dan semasa mendapatkan rawatan awal,simati dalam keadaan separa sedar dan mengalami suhu badan yang tinggi.

\”Rawatan awal telah diberikan dalam usaha untuk hidrasi simati namun tidak memberikan tindak balas positif selain mengalami kekejangan dan rawatan susulan telah diberikan sebelum simati dimasukkan keUnit Rawatan Rapi,\” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Huseein berkata rakan mangsa turut memaklumkan bapa mangsa kejadian berlaku semasa sesi latihan di padang kawad yang dikendalikan seorang jurulatih PalapesUiTM Shah Alam dan telah pengsan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia pada 2.01 pagi, 13 November dengan hasil bedah siasat tidak menunjukkan sebarang kecederaan luaran pada bahagian badannya.

\”Setakat ini polis telah mengambil keterangan sembilan saksi termasuk pengadu (bapa mangsa),\” katanya dan menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....