Home Nasional "Striving for Excellence" asas perkukuh perpaduan, catat kecemerlangan
Nasional

"Striving for Excellence" asas perkukuh perpaduan, catat kecemerlangan

"Striving for Excellence" asas perkukuh perpaduan, catat kecemerlangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Disember- Malaysia harus memastikan keadaan dalam negara berada dalam keadaan teratur sebelum memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ke arah itu prinsip \”Striving for Excellence\” harus dijunjung supaya menjadi asas kepada usaha memperkukuh perpaduan dan mencatat kecemerlangan negara.

Menurut Anwar prinsip itu adalah kunci untuk memastikan Malaysia mampu melangkah dengan yakin ke arena serantau dan pasaran antarabangsa.

\”Sebab sebelum kita melangkau ke rantaudan ke pasaran antarabangsa negara harus teratur dengan baik.

\”Tatakelola mesti dimantapkan, ketirisan dan rasuah mesti dibanteras, barulah kita akan perolehi penghormatan sebagai satu negara yang berdaulat, merdeka dan bertanggungjawab,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 yang disiarkan di saluran stesen televisyen tempatan.

\”Inilah penghormatan yang besar untuk negara dan peluang untuk membina lembaran baru dalam agenda serantau dan global terus mencabar selagi beberapa isu pokok seperti pembantaian, kezaliman, penindasan, penjajahan di Gaza dan beberapa kawasanyang mencabar selainnya,\” katanya lagi.

Perdana Menteri turut mendoakan supaya semua usaha untuk membangunkan negara dan menjayakan Kepengerusian ASEAN 2025, dengan tema \”Keterangkuman dan Kemampanan\” mendapat keberkatan Allah SWT.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....