Home Nasional STR Fasa 2 disalur mulai 24 Mac
Nasional

STR Fasa 2 disalur mulai 24 Mac

STR Fasa 2 disalur mulai 24 Mac

Mereka yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima bantuan secara tunai melalui cawangan BSN/Foto fail BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 Mac – Seramai 8.5 juta rakyat Malaysia bakal menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula Isnin (24 Mac) ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.7 bilion menjelang sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran tersebut melibatkan hampir 60 peratus rakyat dewasa dengan kadar bantuan sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

\”Peningkatan jumlah peruntukan STR dan juga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini merupakan langkah proaktif Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.

“Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

\”Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang layak secara berperingkat mulai 24 Mac.

Manakala mereka yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima bantuan secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Antara kategori penerima STR Fasa 2 tahun ini termasuk isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah (RM150-RM650); isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (RM100-RM300); warga emas tiada pasangan (RM150) dan individu bujang (RM150).

Katanya, kerajaan turut memperkenalkan sistem pendaftaran STR sepanjang tahun bagi membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat.

\”Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,\” jelasnya.

Semakan status kelayakan STR dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...