Saturday , 22 February 2025
Home Nasional STR: 2,547 orang asli di empat kawasan pedalaman terima bantuan
Nasional

STR: 2,547 orang asli di empat kawasan pedalaman terima bantuan

STR:  2,547 orang asli di empat kawasan pedalaman terima bantuan

Program Penunaian STR di Dewan Bonda Yah, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini hari ini.

GUA MUSANG, 19 Julai- Seramai 2,547 orang asli di empat kawasan pedalaman akan menerima wang tunai sempena Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Siri 2 bermula 15 sehingga 25 Julai ini.

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata, lokasi yang terlibat adalah Kuala Lipis, Pahang ; Gua Musang, Kelantan ; Rompin, Pahang dan Hulu Perak, Perak.

Saiful Zahlan berkata, program ini merupakan kerjasama antara JAKOA, Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mensasarkan penerima Orang Asli yang tidak mempunyai akaun bank dan tidak pernah menuntut bantuan STR.

“Kita turut mengesan terdapat penerima yang tidak pernah membuat tuntutan sepanjang tahun ini sehingga jumlah tuntutannya mencecah sehingga RM2,000 semasa program itu,” katanya kepada pemberita semasa Program Penunaian STR di Dewan Bonda Yah, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini hari ini.

Saiful Zahlan memaklumkan, program di RPS Kuala Betis dilaksanakan selama dua hari bermula semalam telah merekodkan 507 orang penerima dengan jumlah bayaran RM202,400.

Sementara itu, seorang penduduk orang asli Pos Simpor, Dendi Abdullah juga berkata, program itu memudahkan orang asli yang kebanyakannya berdepan masalah pengangkutan untuk keluar ke bandar bagi mengambil wang tunai.

“Kami berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Kami perlu menyewa kenderaan dan menumpang motosikal rakan untuk keluar ke bandar dan menempuh perjalanan lebih empat jam untuk ke Bandar Gua Musang,” katanya.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...