Home Nasional STPM: 106 calon di Pahang peroleh PNGK 4.00 
Nasional

STPM: 106 calon di Pahang peroleh PNGK 4.00 

STPM: 106 calon di Pahang peroleh PNGK 4.00 

106 orang calon STPM 2023 di Pahang berjaya peroleh keputusan PNGK 4.00, berbanding 78 calon pada tahun sebelumnya

KUANTAN, 23 Julai– Seramai 106 orang bersamaan 5.46 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 di Pahang berjaya memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, berbanding 78 calon pada tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang, Ahmad Zamri Md Isa berkata, prestasi membanggakan itu adalah terbaik yang pernah dicapai dari segi peratusan dan bilangan calon.

Menurutnya, Gred Purata Sekolah (GPS) Pahang bagi STPM 2023 ialah 3.03 mata, meningkat berbanding 2.97 mata pada tahun sebelumnya, malah ini adalah pertama kali negeri ini melepasi GPS 3.00.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong, Raub merekodkan bilangan 32 orang calon, berjaya mengekalkan kedudukan sebagai sekolah terbaik peringkat negeri Pahang dengan GPS 3.52 diikuti SMK Jerantut (3.50) dan SMK Padang Saujana, Jerantut (3.44).

SMK Dong juga katanya, muncul sebagai sekolah yang melahirkan calon PNGK 4.00 paling ramai iaitu seramai sembilan orang calon.

SMK Sulaiman, Bentong dan SMK Agama Pahang, Rompin pula muncul sebagai sekolah paling cemerlang dengan 100 peratus calonnya mendapat keputusan 4P.

Anugerah Murid Orang Asli Terbaik Kebangsaan berjaya disandang oleh Jazlina Jusoh daripada SMK Sulaiman, Bentong dengan PNGK 4.00.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2023 Negeri Pahang di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, di Kuantan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....