Home Nasional Stesen Pam Kemubu 3 KADA dijangka siap pada Mei 2025
Nasional

Stesen Pam Kemubu 3 KADA dijangka siap pada Mei 2025

Stesen Pam Kemubu 3 KADA dijangka siap pada Mei 2025

Datuk Arthur Joseph Kurup

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Projek Pembinaan Stesen Pam Kemubu 3 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka siap Mei tahun depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sehingga kini status pembinaannya telah melebihi 30 peratus.

Projek berkenaan bertujuan mengatasi masalah gangguan bekalan air ke petak-petak sawah pada musim kemarau di Kelantan.

Ianya melibatkan kos keseluruhan lebih RM25 juta dilaksana di Kompleks Stesen Pam Kemubu KADA di Kampung Kemubu, Ketereh, Kelantan.

\”Kontraktor kini sedang menjalankan kerja-kerja menanam cerucuk di muka sauk dan pembinaan struktur konkrit bertetulang bangunan rumah pam serta kerja-kerja awalan untuk mekanikal dan elektrikal di tapak.

\”Setelah projek ini siap, risiko gangguan bekalan airpengairan ke kawasan Skim Pengairan Kemubu akan dapat dikurangkan semasa musim kemarau,\” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara Senator Tuan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau bertanya soalan berkenaan perkembanganpembinaan Rumah Pam Kemubu 3 (KADA) bagi mengatasi masalah kekurangan sumber air yang terpaksa ditanggung oleh pesawah ketika musim kemarau serta langkah-langkah untuk memastikan penggunaan air yang efisien dan lestari.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....