Home Nasional SSPA: Tidak tandatangan, tiada peluang ke-2
Nasional

SSPA: Tidak tandatangan, tiada peluang ke-2

SSPA: Tidak tandatangan, tiada peluang ke-2

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz

CYBERJAYA, 20 Disember– Tiada peluang kedua bagi kakitangan awam yang tidak menandatangani tawaran pilihan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SPPA).

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, kerajaan telah memberikan satu tempoh masa yang wajar untuk membuat pilihan.

\”Apabila tempoh masa tersebut telah melepasi yang telah kita tetapkan, kita tidak ada lagi ruang untuk mereka membuat pilihan. Jadi mereka perlu berada dalam sistem sedia ada yang menjadi pilihan mereka.

\”Bagi mereka yang telah memilih, saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana mereka menyokong apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan pastinya mereka telah mendapat gaji baharu, pada hari semalam, 19 Disember, sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan.

\”Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak mengatakan bahawa itu sesuatu yang tidak boleh dipercayai. Ini menunjukkan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikotakan semalam\”, katanya.

Beliau berkata kepada media sebelum menyaksikan Teater Lara Wirang di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Tambahnya, hanya 0.03 peratus atau 1,400 orang daripada 1.5 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen SSPA.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....