Home Nasional SPRM laksana program perangi jenayah kewangan pada 14 Ogos
Nasional

SPRM laksana program perangi jenayah kewangan pada 14 Ogos

SPRM laksana program perangi jenayah kewangan pada 14 Ogos

Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melalui Bahagian Analisa Kewangan (BAK), akan melaksanakan Program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan.

SPRM menerusi kenyataan berkata, program itu bertujuan untuk memerangi jenayah kewangan, khususnya rasuah dan salah guna kuasa.

Majlis perasmian program yang pertama kali pada 14 Ogos itu melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM), Akauntan Negara Malaysia (ANM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA), serta Universiti Multimedia.

\”Program ini juga akan melibatkan pegawai dari SPRM, agensi kerajaan, badan berkanun, universiti, serta badan profesional.

\”Sesi perkongsian pengalaman dan libat urus akan diadakan untuk membentuk kerjasama strategik dalam merancang aktiviti.

\”Semua peserta akan berkongsi pandangan dan kepakaran untuk mengenal pasti amalan terbaik dalam perakaunan dan pengauditan di Malaysia bagi menangani jenayah kewangan, terutamanya rasuah dan salah guna kuasa,\” katanya.

Tambah kenyataan itu, program ini secara tidak langsung menyokong hasrat Kerajaan dalam melaksanakan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang memberi tumpuan kepada keberkesanan usaha pencegahan rasuah serta meningkatkan tatakelola dan integriti dalam sektor awam dan swasta.

\”Usaha ini juga sejajar dengan Artikel 12 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Rasuah (UNCAC) yang bertujuan memperkukuh piawaian perakaunan dan pengauditan,\” katanya.

Sebagai langkah tambahan untuk memperkukuh pelaksanaan UNCAC dalam memerangi rasuah, SPRM bersama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) telah mengadakan Bengkel Susulan Penilaian dan Pelaksanaan UNCAC minggu lepas.

\”Bengkel ini bertujuan mengenal pasti bidang-bidang tertentu yang memerlukan perhatian serta langkah-langkah seterusnya untuk meningkatkan usaha pencegahan rasuah,\” tambahnya.

Program itu akan dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Antara yang dijadualkan hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Akauntan Negara Malaysia, Nor Yati Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin; Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin; Ketua Pegawai Eksekutif MIA, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak; Presiden MAICSA, Datuk Akbar Moidunny; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Rezy Izwan Ramly.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...