Home Nasional SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar
Nasional

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar

Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz membantu salah seorang calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Pasir Mas

RANTAU PANJANG, 2 Januari- Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan yang bermula hari ini berjalan lancar di semua pusat peperiksaan termasuk dua yang dilanda banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata, sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Diniah dan SMUA Al-Falah di Rantau Panjang.

Seramai 83 calon menduduki SPM di dua pusat peperiksaan terbabit dan mereka tidak dipindahkan.

Sehingga pagi ini, dua sekolah berkenaan masih digenangi air sedalam 0.3 meter dan paras air semakin menurun.

Secara keseluruhan tiada masalah dari segi pengurusan dan juga calon SPM di pusat peperiksaan lain.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra bersama 189 calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Pasir Mas, hari ini.

Seramai 27,017 calon menduduki peperiksaan SPM di Kelantan membabitkan 284 pusat peperiksaan.

JPN turut menyediakan 12 pusat peperiksaan di hospital dan dua pusat tahanan sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap calon sepanjang tempoh peperiksaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....