Home Nasional Spekulasi rombakan pegawai kanan PDRM tidak benar
Nasional

Spekulasi rombakan pegawai kanan PDRM tidak benar

Spekulasi rombakan pegawai kanan PDRM tidak benar

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menafikan kononnya berlaku rombakan besar-besaran kepimpinan tertinggi Bukit Aman.

Beliau menegaskan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh ibu pejabat polis persekutuan berhubung dakwaan itu.

Razarudin berkata pihaknya telah mengesan satu laporan berita daripada sebuah portal dalam talian yang memetik sumber mengenai dakwaan perancangan pertukaranbeberapa pegawai kanan PDRM.

\”PDRM ingin menegaskan, tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan.

\”PDRM telah menghubungi pihak portal berkenaan, namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan di dalam laporan berita itu.

“PDRM menasihatkan semua pihak agar tidak memetik sebarang sumber yang tidak rasmi, terutama melibatkan pasukan keselamatan dan agensi kerajaan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, portal dalam talian itu melaporkan dengan mendakwa beberapa pegawai kanan termasuk Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay dan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Shuhaily Mohd Zain antara mereka yang akan terlibat dengan rombakan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....