Home Nasional SPAN gesa Selangor, pihak berkuasa lakukan pemeriksaan di Kuang
Nasional

SPAN gesa Selangor, pihak berkuasa lakukan pemeriksaan di Kuang

SPAN gesa Selangor, pihak berkuasa lakukan pemeriksaan di Kuang

Charles Santiago

CYBERJAYA, 5 Disember- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menggesa Selangor dan pihak berkuasa alam sekitar untuk melakukan operasi dan membuat pemeriksaan kilang di kawasan Kuang bagi memastikan premis-premis berkenaan tidak membuang sisa ke dalam anak sungai yang mengalir ke Sungai Selangor.

Pengerusi SPAN Charles Santiago berkata, berdasarkan siasatan tersebut, terdapat pelanggaran undang-undang melibatkan penyewa utama premis yang mempunyai lesen perniagaan yang sah membenarkan penyewa sub menguna pakai lesen tersebut tanpa pengetahuan pihak berkuasa tempatan atau kebenaran Jabatan Alam Sekitar (JAS).

\”Penyewa utama pinjamkan EIA dan semua dokumen undang-undang lain kepada penyewa A, jadi ini adalah pengaturan dalaman yang mereka ada tetapi ini menyalahi undang-undang.

\”Adakah permasalahan ini berlaku di kawasan Kuang sahaja atau bagaimana? Sekiranya mereka tidak menggunakan garis panduan sedia ada dan melanggar undang-undang ia akan membelri implikasi kepada keselamatan air,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas mengenai insiden Gangguan Bekalan Air Akibat Pencemaran Air Mentah di Sungai Kuang di SPAN, di sini.

Siasatan itu mendapati terdapat kebocoran bahan kimia Poly Methacrylic Acid dari sebuah kilang kitar semula plastik dipercayai milik seorang warganegara China yang menjalankan perniagaan secara tidak sah yang menjadi punca pencemaran bau di Sungai Kuang pada 22 Julai lalu.

Insiden berkenaan turut menyebabkan pengoperasian empat buah loji rawatan air terpaksa dihenti tugas secara sementara oleh operator air pada 23 Julai lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....