Home Nasional Sophia Ibrahim terima sumbangan daripada Perdana Menteri
Nasional

Sophia Ibrahim terima sumbangan daripada Perdana Menteri

Sophia Ibrahim terima sumbangan daripada Perdana Menteri

Sophia Ibrahim (kanan) menerima kunjungan daripada Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Farhan Fauzi/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Seniwati NegaraSafiah atau Sophia Ibrahim, 75,yangdikhabarkan mengalami katarak mata sehingga mengganggu fungsi penglihatan.

Anwar menerusi perkongsian di Facebook berkata, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya.

\”Beliau perlu segera menjalani prosedur pembedahan mata bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.

\”Justeru, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan,\” tulisnya menmerusi hantaran itu.

Pada masa sama beliau turut berharap pembedahan Safiah berjalan lancar dan lekas diberi kesembuhan.

Safiah pernah membintangi filem Dr Rushdi di samping seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Selain itu beliau juga pernah membintangi filem Imam, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....