Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Sokong pembiayaan iklim, sektor korporat disaran sertai lelongan kredit karbon BCX
Nasional

Sokong pembiayaan iklim, sektor korporat disaran sertai lelongan kredit karbon BCX

Sokong pembiayaan iklim, sektor korporat disaran sertai lelongan kredit karbon BCX

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Sektor korporat disaran menyokong pembiayaan iklim menerusi lelongan kredit karbon daripada Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut (Projek Kuamut) di Sabah, ESOK.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek tersebut merupakan kredit karbon keluaran Malaysia yang pertama dilelong di bawah Bursa Carbon Exchange (BCX).

\”Penyertaan badan korporat untuk melabur dalam kredit karbon merupakan langkah kukuh dalam merealisasikan aspirasi nasional untuk memupuk kerjasama awam dan swasta bagi menangani isu perubahan iklim,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Nik Nazmi, syarikat yang membeli kredit karbon secara tidak langsung menyumbang kepada pemeliharaan hutan semula jadi dan biodiversiti.

Pada masa sama ia mampu menjana peluang ekonomi dan pekerjaan hijau yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Inisiatif itu juga selaras dengan komitmen Kerajaan dalam kelestarian, pematuhan kawal selia dan tanggungjawab sosial korporat bagi menjamin manfaat hasil pemeliharaan alam sekitar.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...