Home Nasional SKM salur lebih RM1 juta bantuan untuk Terengganu tahun lepas
Nasional

SKM salur lebih RM1 juta bantuan untuk Terengganu tahun lepas

SKM salur lebih RM1 juta bantuan untuk Terengganu tahun lepas

Foto fail

KUALA TERENGGANU, 23 Mac – Sebanyak RM1.194 juta bantuan telah disalurkan kepada 18 koperasi di Terengganu sepanjang tahun lepas, antaranya menerusi lapan bentuk bantuan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Amran Abd Kadir berkata ia termasuk bantuan dalam bentuk Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE), Program Bantuan Sektor Peneraju Ekonomi Koperasi (PROSPEK) dan Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK).

Beliau berkata bantuan lain ialah Co-Operative Emergency Relief Fund (CERF), Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-DAPAT), bantuan pembangunan, Program Semarak Keusahawanan Koperasi Sekolah dan Siswa (SUKSES) dan Social Enterprise (SE).

\”Bagi kemudahan pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) pula sebanyak RM3.4 juta telah diluluskan melibatkan 13 koperasi.

\”Ini jelas menunjukkan bahawa gerakan koperasi di Terengganu telah berkembang dan sentiasa memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan melalui SKM,\” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Koperasi Peringkat Negeri Terengganu di sini, petang semalam.

Bagaimanapun Amran berkata bagi permohonan di bawah Program Agromakanan, hanya enam koperasi di Terengganu memperoleh kelulusan pembiayaan tanpa cagaran di bawah RM650,000.

Beliau berkata ia melibatkan peruntukan RM1.2 juta bagi projek tanaman rumput napier, ternakan lembu, projek ikan keli sangkar dan melon manis.

\”SKM amat menggalakan koperasi negeri menjalankan aktiviti melibatkan keselamatan makanan atau food security.

\”Di bawah program tersebut (Program Agromakanan), koperasi boleh memohon maksimum sehingga RM3 juta beserta cagaran dan RM650,000 bagi pengeluaran di peringkat awal tanpa apa-apa cagaran,\” katanya.

Amran berkata untuk rekod, sehingga 31 Dis 2023 bilangan koperasi berdaftar di Malaysia ialah 15,809 dengan jumlah keanggotaan 7.2 juta orang.

Beliau berkata di Terengganu 829 koperasi berdaftar dengan keanggotaan 240,748 orang direkodkan sehingga 30 Jun 2024. – BERNAMA

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...