Thursday , 6 February 2025
Home Nasional SKJP: 57,752 permohonan bernilai RM12.77 bilion diluluskan sehingga Jun 2024
Nasional

SKJP: 57,752 permohonan bernilai RM12.77 bilion diluluskan sehingga Jun 2024

SKJP: 57,752 permohonan bernilai RM12.77 bilion diluluskan sehingga Jun 2024

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 1 Ogos– Sejumlah 57,752 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM12.77 bilion diluluskan setakat Jun tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata permohonan berkenaan meningkat drastik berbanding 23,569 permohonan bernilai RM5.9 bilion, pada tahun sebelumnya.

SJKP turut memberi jaminan sehingga 120 peratus kepada harga rumah sekali gus menyelesaikan isu pembayaran deposit.

\”Tahun lepas kerajaan melancarkan inisiatif baharu Skim Jaminan Kredit Perumahan. Sekarang boleh jamin sehingga 120 peratus harga rumah.

\”Oleh kerana itu, isu pembayaran deposit dapat diselesaikan, kerana jaminan kerajaan terhadap pemilikan rumah pertama melebihi harga rumah. Ia merangkumi aspek termasuk renovation pun dibenarkan. Oleh kerana itu, tahun lepas jumlah kes kelulusan meningkat secara mendadak\”, katanya pada sesi Dewan Negara.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai jumlah permohonan SJKP.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, tempoh pinjaman 34 tahun merupakan dasar had maksimum yang ditetapkan Bank Negara.

Peminjam boleh menyelesaikan pinjaman lebih awal agar tidak membebankan generasi kedua.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...