Home Nasional Skim MySalam, hampir 11 juta individu B40 layak terima tahun ini
Nasional

Skim MySalam, hampir 11 juta individu B40 layak terima tahun ini

Skim MySalam, hampir 11 juta individu B40 layak terima tahun ini

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Seramai hampir 11 juta individu layak menerima Skim Perlindungan Takaful B40 (MySalam), tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata Selangor mencatatkan negeri tertinggi penerima iaitu 1.48 juta, diikuti Johor 1.34 juta dan Sarawak 1.13 juta.

\”Penerima yang layak akan mendapat manfaat hospitalisasi sebanyak RM50 sehari, dengan tempoh maksima 14 hari atau RM700 setahun sekiranya mendapat rawatan sama ada di hosptial kerajaan, hospital tentera atau hospital universiti.

\”Selain itu, pembayaran sebanyak RM8,000 secara \’sekali bayar\’ turut diberikan kepada penerima yang disahkan mengalami 45 penyakit kritikal yang disenaraikan di bawah skim MySalam dan penerima MySalam turut layak membuat tuntutan bantuan kos peranti perubatan dengan had kelayakan sebanyak RM30,000 seorang, \” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff pada sesi persidangan Dewan Negara, di sini.

MySalam disedia hingga akhir tahun depan, selari pengumuman Belanjawan 2024.

Bagi pelaksanaan akan datang, Lim berkata kementerian bersama Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan perbincangan dengan pihak takaful dengan fokus mempelbagaikan penawaran skim perlindungan untuk penuhi keperluan B40.

Mengenai cadangan memperluas MySalam kepada golongan M40, beliau berkata, ia masih diteliti dan belum diputuskan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....