Home Nasional Situasi banjir di Perak tidak berubah
Nasional

Situasi banjir di Perak tidak berubah

Situasi banjir di Perak tidak berubah

FOTO APM KERIAN

KERIAN, 22 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 28 orang melibatkan enam keluarga setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri menerusi satu kenyataan berkata, satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi melibatkan satu daerah terjejas.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian menempatkan 28 penduduk terjejas daripada enam keluarga.

PPS tersebut telah dibuka bermula Jumaat lalu dan menempatkan penduduk dari kampung Changkat Lobak.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan laluan FT147 Jalan Bagan Serai – Changkat Lobak hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

Justeru pengguna lain dinasihatkan menggunakan laluan alternatif A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu – Bukit Merah.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...