Home Nasional Situasi banjir di Perak tidak berubah, penduduk terjejas bertambah
Nasional

Situasi banjir di Perak tidak berubah, penduduk terjejas bertambah

Situasi banjir di Perak tidak berubah, penduduk terjejas bertambah

FOTO APM PERAK

IPOH, 5 Oktober- Perkembangan banjir di Perak menyaksikan jumlah penduduk terjejas terus meningkat kepada 142 orang berbanding hanya 136 setakat pukul 10 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di negeri itu.

PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian menempatkan 45 penduduk daripada 12 keluarga.

Manakala PPS Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai pula menempatkan 32 penduduk daripada 10 keluarga.

Sementara itu di Taiping, 45 penduduk daripada 13 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor.

20 penduduk daripada lapan keluarga pula ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Matang.

Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) meramalkan hujan di semua daerah di negeri Perak, malam ini.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...