Home Nasional Situasi banjir di empat negeri semakin pulih
Nasional

Situasi banjir di empat negeri semakin pulih

Situasi banjir di empat negeri semakin pulih

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Bilangan penduduk terjejas banjir di Perak masih tidak berubah setakat pukul 6.00 pagi tadi, iaitu sebanyak 220 orang daripada 68 keluarga di dua PPS.

Berdasarkan maklumatportal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 6.00 pagi tadi, seramai 433 mangsa terjejas di empat negeri masih berlindung di 10 PPS.

\”Manjung menempatkan 186 penduduk daripada 57 keluarga, manakala Perak Tengah menempatkan 34 penduduk daripada 11 keluarga,\” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, di Johor, jumlah penduduk terjejas banjir masih tidak berubah dengan 85 mangsa di dua PPS di Segamat.

Di Pahang, angka penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 47 orang pagi tadi, berbanding 48 mangsa pada sebelah malam.

Tiga PPS di buka di Bera dan satu di Temerloh.

Dalam pada itu, situasi banjir di Terengganu juga tidak berubah dan semakin pulih.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan hanya 80 penduduk daripada 16 keluarga terjejas setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Ketika ini, hanya dua PPS masih dibuka di daerah Kemaman.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....