Home Nasional Siasatan awam langkah pelesenan media sosial akan dilaksana
Nasional

Siasatan awam langkah pelesenan media sosial akan dilaksana

Siasatan awam langkah pelesenan media sosial akan dilaksana

MCMC

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan siasatan awam mengenai langkah pelesenan yang dirancang bagi media sosial dan rangka kerja penyedia perkhidmatan pesanan internet.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu dijalankan bagi memastikan rangka kerja akhir adalah adil, berkesan, dan mencerminkan keperluan kedua-dua pihak industri dan orang ramai.

\”Sejak kabinet meluluskan rangka kerja itu pada 8 Mac, perbincangan dalam spektrum yang lebih luas dengan pihak kepentingan, termasuk penyedia perkhidmatan, pertubuhan masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang,telah diadakan,\” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, keperluan pelesenan untuk media sosial dan penyedia perkhidmatan pesanan internet dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar diperkenalkan.

Ia sebagai langkah penting ke arah persekitaran dalam talian yang lebih selama termasuk menangani isu perjudian dalam talian, penipuan dan pornografi.

Tempoh penangguhan selama lima bulan telah diberikan kepada semua platform untuk mematuhi keperluan pelesenan itu.

\”Ia akan terlibat secara aktif dengan penyedia perkhidmatan untuk memudahkan peralihan yang lancar ke dalam kerangka kerja berkenaan menjelang 1 Januari tahun depan.\” kata kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....