Home Nasional Siap Niaga bakal dilancar, tambah baik prosedur perniagaan, pelaburan
Nasional

Siap Niaga bakal dilancar, tambah baik prosedur perniagaan, pelaburan

Siap Niaga bakal dilancar, tambah baik prosedur perniagaan, pelaburan

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 1 Ogos– Satu rangka kerja baharu akan diperkenal bertujuan menambah baik kecekapan proses dan prosedur bagi urusan perniagaan dan pelaburan, selain mereformasi struktur yang mewajibkan kerajaan melakukan semakan secara berkala agar lebih kompeten dan berdaya saing.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia dinamakan Siap Niaga dan dijadual diluncurkan Perdana Menteri pada Oktober depan.

\”Ada keperluan untuk kita memastikan bahawa komitmen dan tanggungjawab kerajaan iaitu jabatan-jabatan kerajaan untuk sentiasa kekal dalam satu parameter yang telah ditetapkan supaya kita memastikan sebarang prosedur proses baru yang diperkenalkan itu tidak membebankan perniagaan.

\”Itu akan melibatkan kerajaan mengenal pasti akta, pekeliling dan garis panduan yang memerlukan semakan segera selaras dengan perkembangan ekosistem perniagaan dan pelaburan\”, katanya pada sesi Dewan Negara.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Low Kian Chuan mengenai isu melibatkan golongan peniaga.

Pelaksanaan Siap Niaga akan membantu mengimbangi keperluan kerajaan mengawal selia kepentingan perniagaan tanpa memperlahankan operasi berkenaan.

Ia akan dimudahcara oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

Rangka kerja itu akan dibentang ke Majlis Tindakan Ekonomi Isnin depan sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....