Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Shamsul Anuar ketuai delegasi Malaysia hadir pengebumian Ismail Haniyeh di Qatar
Nasional

Shamsul Anuar ketuai delegasi Malaysia hadir pengebumian Ismail Haniyeh di Qatar

Shamsul Anuar ketuai delegasi Malaysia hadir pengebumian Ismail Haniyeh di Qatar

Shamsul Anuar mengetuai delegasi Malaysia hadir pengebumian Ismail Haniyeh di Doha, Qatar/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 2 Ogos– Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri pengebumian Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin Almarhum Ismail Haniyeh, hari ini.

Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, Datuk Seri Dr Shamsul akan diiringi Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan para pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri.

Beliau dan delegasi akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad Ibn Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat.

Jenazah Almarhum Ismail Haniyeh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam di bandar Lusail.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut menegaskan, Malaysia akan terus bersolidariti dengan ahli keluarga, kepimpinan dan rakyat Palestin.

\”Penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Almarhum Ismail Haniyeh yang telah memberikan keluarga, nyawa dan jiwanya dalam perjuangan untuk kebebasan, keamanan dan keadilan ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka\”, menurut kenyataan itu.

Media Iran melaporkan bahawa Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan lokasi penginapannya di utara Tehran, pada kira-kira pukul 2.00 pagi waktu tempatan, 31 Julai lalu.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...