Home Nasional Sesi libat urus penerbitan program televisyen, platform pertukaran idea jabatan dan syarikat pembekal
Nasional

Sesi libat urus penerbitan program televisyen, platform pertukaran idea jabatan dan syarikat pembekal

Sesi libat urus penerbitan program televisyen, platform pertukaran idea jabatan dan syarikat pembekal

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Sesi libat urus penerbitan program televisyen oleh Unit Kandungan dan Kreatif RTM, dilaksana bagi memastikan syarikat pembekal menghasilkan program berkualiti tinggi serta mencapai piawaian ditetapkan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata ia turut menjadi platform terbaik bagi pertukaran idea antara jabatan dan syarikat pembekal, sekali gus memeriahkan lagi sektor industri kreatif negara.

\”Kita perlu bekerjasama lebih erat dengan pembekal-pembekal kandungan kepada RTM bagaimana kita hendak menaikkan kualiti.

\”Apabila kita hendak mendunia, kualiti kita kena tinggi, jadi kita bekerjasama, kita bagi cadangan, kita bagi idea bagaimana hendak memasukkan elemen-elemen membina sebuah negara bangsa yang bagus, kita letak ada kandungan SDG, peralihan tenaga dan sebagainya. Jadi itu yang paling penting kita berkongsi idea dan mereka juga boleh kembangkan daripada idea tersebut,\” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan sesi Taklimat Perolehan Program TV RTM 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, di sini.

Lebih 400 syarikat pembekal hadir pada sesi libat urus Fasa 2 itu yang membabitkan kategori terbitan tempatan, perolehan televisyen luar negara dan produk siap tempatan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...