Home Nasional Sertai persatuan atau koperasi, pesara disaran sumbang idea & khidmat bakti kepada masyarakat
Nasional

Sertai persatuan atau koperasi, pesara disaran sumbang idea & khidmat bakti kepada masyarakat

Sertai persatuan atau koperasi, pesara disaran sumbang idea & khidmat bakti kepada masyarakat

Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Government (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis

KUALA NERANG, 2 Januari- Pesara-pesara kerajaan dalam pelbagai sektor disaran menyertai persatuan atau koperasi bagi membolehkan mereka terus menyumbang idea dan khidmat bakti kepada masyarakat.

Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Government (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata kepakaran dan kemahiran yang dimiliki golongan pesara bukan sahaja dapat memberi nilai tambah kepada persatuan atau koperasi.

Selain itu dapat membantu persatuan dan koperasi mendekati masyarakat dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program sekaligus mengeratkan ukhuwah dikalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Beliau berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan agar semua pihak dapat memainkan peranan secara lebih proaktif dalam menyumbang kepada pembangunan negara sama ada dalam bidang ekonomi dan sosial.

\”Saya juga melihat pesara-pesara kerajaan ini perlu diberikan perhatian juga dalam merealisasikan hasrat kerajaan di mana (contohnya) kalau KUPEKMAS di Daerah Padang Terap, penglibatan mereka cukup meriah dimana dalam kalangan polis, askar, guru dan sebagainya turut berkecimpung, turut bersama di dalam persatuan KUPEKMAS.

\”Diharapkan pesara-pesara pelbagai negeri dan daerah turut bersama-sama di dalam membentuk sebuah NGO (pertubuhan badan bukan kerajaan) koperasi di dalam membantu kerajaan merealisasikan hasrat KerajaanPperpaduan yang ada pada hari ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Khas KUPEKMAS Daerah Padang Terap di Kampung Barohkas, Kuala Nerang, Kedah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....