Home Nasional Serangan Gaza: Malaysia desak D8 ambil tindakan segera
Nasional

Serangan Gaza: Malaysia desak D8 ambil tindakan segera

Serangan Gaza: Malaysia desak D8 ambil tindakan segera

Foto FB Zambry Abd. Kadir

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Malaysia mendesak Kumpulan Negara D8 untuk bertindak segera terhadap tindakan terkutuk Israel yang menyerang Palestin.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata D8 harus bertindak sebagai satu suara untuk membela rakyat Palestin dan tidak membiarkan kemunafikan menghalang keadilan.

\”Negara anggota D8 (Mesir, Bangladesh, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan, dan Turkiye) perlu berdiri teguh dalam membela mereka yang tertindas dan tidak bersuara,\” katanya menerusi kenyataan ketikamewakili Malaysia ke Sidang Kemuncak ke-11 D8 yang berlangsung di Kaherah, Mesir.

Malaysia juga memperkukuhkan komitmennya terhadap perjuangan hak Palestin dengan menyokong Deklarasi Kaherah, yang menegaskan kesungguhan negara ini dalam membangunkan masyarakat yang lebih adil.

Sokongan dan tindakan tegas daripada negara-negara D8 diharapkan dapat memastikan Palestin memperoleh keadilan yang sewajarnya dalam menghadapi penindasan yang berterusan.

Selain itu, Zambry juga menegaskan komitmen Malaysia terhadap pembangunan belia, terutamanya dalam sektor ekonomi dan keusahawanan.

Beliau mengingatkan tentang pentingnya pendidikan yang seimbang bagi mempersiapkan belia dengan nilai moral dan etika, dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin berkembang dengan kecerdasan buatan dan teknologi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....