Home Nasional Seorang lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh bot
Nasional

Seorang lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh bot

Seorang lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh bot

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian

BERA, 25 Januari- Seorang lelaki orang asli dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menyeberangi Tasik Bera Kemayan malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.17 malam tadi.

Selepas menerima laporan itu enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

\”Ketika kejadian, mangsa Sabri Juarong, 46 tahun bersama isteri dan anak perempuannya dipercayai ingin pulang ke rumah mereka yang terletak di seberang tasik tersebut dengan menaiki bot.

\”Namun, ketika sampai di tengah tasik itu, mangsa telah terjatuh dari bot,\” kata Zulfadli Zakaria.

Bagaimanapun, isteri dan anak perempuannya terselamat daripada insiden itu.

Susulan kejadian berkenaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan melibatkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Bukit Angin.

Bagaimanapun operasi SAR ditangguhkan pada pukul 9.43 malam dan dijangka bersambung esok.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....