Home Nasional Seorang lelaki dikhuatiri lemas, ketika lakukan ujian bot
Nasional

Seorang lelaki dikhuatiri lemas, ketika lakukan ujian bot

Seorang lelaki dikhuatiri lemas, ketika lakukan ujian bot

Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin bersama dua buah jentera serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pekan

ROMPIN, 25 Januari- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan ujian bot berdekatan Jeti Sungai Puteri Kuala Rompin di sini petang tadi.

Mangsa dan seorang lagi rakannya melakukan ujian bot sebelum terjatuh dan dihanyutkan arus.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.03 petang tadi.

\”Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin bersama dua buah jentera serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pekan segera digerakkan ke lokasi kejadian.

\”Ketika ini pasukan bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tepi sungai,\” kata Zulfadli.

Operasi SAR ditangguhkan dan dijangka bersambung pada pukul 8.00 pagi esok.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....