Home Nasional Semua pihak perlu cakna penggunaan media sosial
Nasional

Semua pihak perlu cakna penggunaan media sosial

Semua pihak perlu cakna penggunaan media sosial

Datuk Amizar Abu Adam

BENTONG, 11 Ogos- Kerajaan Negeri Pahang menggesa semua pihak mengambil berat cara penggunaan media sosial dalam memastikan keharmonian negara terus berkekalan.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang Datuk Amizar Abu Adam berkata, perkara itu menjadi tumpuan kerana penggunaan media sosial yang tidak terkawal boleh menyebarkan kebencian, persepsi serta sentimen.

Ia dikhuatiri akan memecahbelahkan perpaduan yang telah dibina selama ini.

Selain itu pengguna media sosial perlu menyemak semula kesahihan sebarang berita sebelum membuat sebarang hantaran bagi mengelakkan berlakunya kes buli siber.

\”Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menitikberatkan beberapa perkara antaranya penjagaan ataupun penggunaan media sosial.

\”…penggunaan ini perlulah dikawal dan juga tidak boleh menjejaskan keharmoniaan dan juga perpaduan antara kaum,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Bentong di sini.

Pada majlis itu, lebih 3,000 pengunjung membanjiri Dataran Bentong bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang yang akan berakhir pada 16 September depan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...