Wednesday , 12 March 2025
Home Nasional Semua pihak digesa lindungi pendidikan Palestin – Dr. Wan Azizah
Nasional

Semua pihak digesa lindungi pendidikan Palestin – Dr. Wan Azizah

Semua pihak digesa lindungi pendidikan Palestin – Dr. Wan Azizah

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail / Foto Fail Bernama

DOHA, 9 September – Masyarakat dunia diseru bersatu dalam menyuarakan desakan menghentikan perang di Gaza, yang telah memusnahkan institusi pendidikan di Palestin.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata komuniti global perlu bersatu dan lantang bersuara dalam memperjuangkan ketidakadilan dihadapi guru dan pelajar Palestin.

“Kita berkumpul hari ini, bersatu dengan komitmen kita untuk melindungi pendidikan. Saya menggesa peserta utama persidangan ini untuk membuat kenyataan bersama yang kuat.

“Marilah kita membawa suara kolektif kita untuk menanggung ketidakadilan yang dihadapi oleh guru dan pelajar Palestin. Bersama-sama, suara kita boleh bergema di seluruh dunia, menuntut penamatan keganasan yang menghakis asas masa depan yang aman,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan \’Hari Antarabangsa Untuk Melindungi Pendidikan Daripada Serangan Kelima\’ dalam forum yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung selama tiga hari, di sini.

Program tersebut dianjurkan oleh Yayasan Education Above All dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) dan Pejabat PBB bagi Pengurangan Risiko Bencana (SRSG) untuk Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata.

Related Articles

PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Nasional

PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimPUTRAJAYA, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara
Nasional

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara

Foto hiasan/ BERNAMAPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keselamatan siber kekal...

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah
Nasional

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimPUTRAJAYA, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Perkenal bantuan mikro rendah perkasa peniaga bazar Ramadan
Nasional

Perkenal bantuan mikro rendah perkasa peniaga bazar Ramadan

Foto hiasan/Arkib BernamaSERDANG, 11 Mac -Kerajaan disaran mengambil pendekatan lebih strategik untuk...