Home Nasional Semua kementerian tingkat pemantauan, elak kenaikan harga barangan
Nasional

Semua kementerian tingkat pemantauan, elak kenaikan harga barangan

Semua kementerian tingkat pemantauan, elak kenaikan harga barangan

Fahmi Fadzil/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 Ogos- Semua kementerian diarah meningkatkan pemantauan di pelbagai peringkat bagi mengelak berlaku kenaikan harga barangan.

Perkara itu susulan pengumuman pelarasan gaji penjawat awam bawah skim baharu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Disember depan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di sini.

Jemaah Menteri juga akan turun padang meninjau kawasan masing-masing atau lokasi yang dirasakan perlu untuk dilaksanakan pemantauan.

\”(Ada) keperluan untuk memastikan aspek penguatkuasaan dipertingkat (bagi) memastikan harga barang tidak naik terutama makanan di restoran.

\”Ada peringatan khusus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetapi kementerian-kementerian (lain) juga diminta untuk tingkatkan pemantauan,\” katanya dalam sidang media di sini.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober depan bertemakan \’Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera\’.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...