Home Nasional Semua anggota Pasukan MALBATT 850-11 dalam keadaan selamat
Nasional

Semua anggota Pasukan MALBATT 850-11 dalam keadaan selamat

Semua anggota Pasukan MALBATT 850-11  dalam keadaan selamat

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman/ Foto RTM

PORT DICKSON, 5 Oktober-Kesemua anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan berada dalam keadaan selamat susulan situasi yang semakin tegang di Asia Barat.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman berkata, sehingga kini, Malbatt 850-11 telah diarahkan untuk menghentikan semua operasi rondaan dan pergerakan logistik, serta kekal di penempatan masing-masing bagi memastikan keselamatan semua anggota terjamin.

\”Anggota kita semua dalam keadaan selamat dan sekiranya akan berlaku peperangan pihak bertelagah akan memaklumkan kepada pihak UNIFIL beberapa jam sebelum mereka melaksanakan serangan.

\”Jadi dengan itu anggota kita akan masuk ke dalam kubu perlindungan masing-masing dan sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala\”, katanya demikian pada Majlis Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting, di sini.

Jelasnya, keputusan penarikan balik pegawai dan anggota Malbatt 850-11 adalah tertakluk sepenuhnya kepada arahan daripada United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFILl).

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...