Sunday , 15 December 2024
Home Nasional Sembilan premis makanan kotor diarahkan tutup
Nasional

Sembilan premis makanan kotor diarahkan tutup

Sembilan premis makanan kotor diarahkan tutup

Foto Hiasan/Bernama

KOTA BHARU, 27 Ogos – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan sembilan premis makanan yang didapati kotor ditutup selama 14 hari, semalam.

Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin dalam kenyataan berkata, arahan penutupan itu dijalankan bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 susulan Operasi Bersepadu Premis Bersih terhadap 53 premis makanan di sekitar bandar itu.

\”Kegagalan pemilik premis makanan untuk mematuhi perintah penutupan itu adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” kata Dr Zaini.

Beliau berkata dalam operasi sama sebanyak 160 Notis Seksyen 32B, Memerintahkan Kehadiran di Mahkamah telah dikeluarkan JKNK kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dr Zaini berkata daripada 160 notis 32B yang dikeluarkan, kesalahan paling banyak dikesan adalah berkaitan pakaian pengendali makanan iaitu 129 notis.

“Kesalahan lain dikesan adalah berkaitan kebersihan diri pengendali makanan, tidak mendaftarkan premis makanan dan tidak mematuhi kehendak berhubungan dengan penyimpanan makanan, juga tidak mematuhi kehendak berhubungan dengan kewajipan untuk mengekalkan premis makanan bersih,” katanya menerusi kenyataan itu.

Beliau berkata kesemua notis Seksyen 32B boleh dibayar kompaun dalam tempoh masa satu bulan dari tarikh notis dikeluarkan.

Related Articles

Op Khas Motosikal: Lebih 800,000 kenderaan diperiksa
Nasional

Op Khas Motosikal: Lebih 800,000 kenderaan diperiksa

Foto RTMKUCHING, 14 Disember -Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ) setakat semalam telah...

FAMA Perlis catat jualan RM2.4 juta menerusi Pasar Tani, hingga November
Nasional

FAMA Perlis catat jualan RM2.4 juta menerusi Pasar Tani, hingga November

FOTO FAIL KANGAR, 14 Disember – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis...

Kerajaan bakal bangunkan Fiqh OKU, atasi kesukaran akses pendidikan agama dan isu ibadah
Nasional

Kerajaan bakal bangunkan Fiqh OKU, atasi kesukaran akses pendidikan agama dan isu ibadah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan/...

Akauntan bertauliah, sokong pembangunan sektor tenaga baharu Sarawak
Nasional

Akauntan bertauliah, sokong pembangunan sektor tenaga baharu Sarawak

Abang Johari Tun Openg / Foto BERNAMAKUCHING, 13 Disember- Sarawak memerlukan akauntan...