Home Nasional Semarak Hari Kebangsaan, 40,000 bendera diedar sekitar KL
Nasional

Semarak Hari Kebangsaan, 40,000 bendera diedar sekitar KL

Semarak Hari Kebangsaan, 40,000 bendera diedar sekitar KL

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Sebanyak 40,000 bendera telah diagih sekitar Kuala Lumpur manakala 20,000 lagi telah diedarkan di sekitar Putrajaya bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Menerusi inisiatif dilakukan Jabatan Wilayah Persekutuan itu, ia bertujuan mempergiatkan Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bersempena hari tersebut.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, pihaknya turut mengambil inisiatif dengan mengedar serta memasang Jalur Gemilang pada kenderaan- kenderaan rasmi milikJabatan Wilayah Persekutuan.

\”Ke arah menyambut sambutan ini, sebenarnya kita antara yang aktif memberi sumbangan besar menjelang 31 Ogos nanti. Kita menghantar ramai daripada petugas kita untuk membantudaripada sudut logistik, bersempena sambutan kemerdekaan nanti,\” katanya pada Program Malaysia MADANI Jiwa Merdeka di Jabatan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Turut diadakan aktiviti mendekorasi 1,000 biji \’cup cake\’ bertemakan Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan 2024.

Dalam pada itu, Zaliha berkata bagi Jabatan Wilayah Persekutuan, persediaan sambutan Hari Kebangsaan berada pada tahap terbaik.

\”Jika diikutkan setakat ini, ada juga kerja-kerja awalan telah dilakukan daripada sudut untuk menyediakan pentas dan sebagainya.

\”Kita akan memastikan persediaan itu lengkap termasuk isu keselamatan dan sebagainya. Kita turut bekerjasama dengan agensi-agensi lain..kita harap sambutan berjalan dengan baik dan lancar,\” katanya.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...