Home Nasional Semarak Bulan Kebangsaan, 45 komuniti MADANI di Perlis terlibat
Nasional

Semarak Bulan Kebangsaan, 45 komuniti MADANI di Perlis terlibat

Semarak Bulan Kebangsaan, 45 komuniti MADANI di Perlis terlibat

Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, Mazli Hamdan

PADANG BESAR, 1 Ogos – Jabatan Penerangan (JaPen) Perlis akan melaksanakan lebih 45 program di bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang serta Hari Malaysia 2024.

Pengarah JaPen Perlis, Mazli Hamdan berkata program yang akan bermula hari ini sehingga 16 September itu melibatkan 45 Komunti MADANI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara program yang bakal dilaksanakan termasuk Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang dan Pertandingan Keceriaan Merdeka.

\”Disamping kempen kita bersama komuniti, kami juga melalui program Jiwa MADANI akan melaksanakan disetiap DUN bagi memeriahkan suasana Sambutan Bulan Kebangsaan ini.

\”Kita juga sedang merancang untuk melaksanakan program pengedaran Jalur Gemilang di setiap lokasi yang kita bakal kenal pasti,\” katanya.

Beliau berkara demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis di Timah Tasoh, di sini.

Tambah Mazli, setiap program yang diatur bertujuan meningkatkan semangat patriotik di kalangan rakyat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....