Home Nasional Semangat perpaduan perlu dikekalkan, bagi memastikan PRK Nenggiri lancar
Nasional

Semangat perpaduan perlu dikekalkan, bagi memastikan PRK Nenggiri lancar

Semangat perpaduan perlu dikekalkan, bagi memastikan PRK Nenggiri lancar

Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin

BATU CAVES, 27 Julai- Semangat perpaduan perlu dikekalkan selain memastikan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Gua Musang, Kelantan berjalan lancar dalam kalangan masyarakat merentasi kefahaman politik.

Itu antara harapan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin menjelang PRK Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Perkara berkenaan selaras dengan misi kerajaan perpaduan iaitu mengekalkan semangat keharmonian antara kalangan masyarakat pelbagai agama, kaum dan bangsa.

\”Masing masing ada pendapat dan pandangan tetapi akhirnya kita mesti memikirkan kita berada dalam Kerajaan Perpaduan.

\”Yang lebih utama ialah bagaimana semua parti dalam Kerajaan Perpaduan boleh memainkan peranan,\” katanya kepada pemberita selepas menjadi wakil Timbalan Perdana Menteri merasmikan Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile Negeri Selangor 2024 di sini.

Ketika terdapat 191 pusat bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) disediakan di seluruh negara dan menjadi salah satu saluran kerajaan untuk memberi bantuan dan maklumat secara terus melalui perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta.

Ia bagi meningkatkan kualiti kehidupan khususnya dalam kalangan penduduk desa merangkumi pelbagai aspek termasuk kesihatan, pendidikan, pembangunan ekonomi dan sosial.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...