Home Nasional Semangat patriotik dapat kukuhkan perpaduan rakyat Malaysia – Fadillah
Nasional

Semangat patriotik dapat kukuhkan perpaduan rakyat Malaysia – Fadillah

Semangat patriotik dapat kukuhkan perpaduan rakyat Malaysia – Fadillah

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 Julai- Orang ramai digalakkan menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berlangsung di Cyberjaya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelaksanaannya bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

\”Semangat patriotik ini perlu ada sebagai seorang warganegara Malaysia.

\” Ia (semangat patriotik) diharap mengukuhkan lagi kekuatan perpaduan dan akhirnya Malaysia akan menjadi sebuah tempat yang dapat kita hidup secara harmonis tanpa mengira latar belakang sebagai rakyat Malaysia..kita bersama dalam mendukung kekuatan negara kita,\” katanya selepas sesi pelepasan peserta bagi kategori lima kilometer Marathon Score 2024 di sini.

Dalam pada itu, Fadillah menyarankan agar program berbentuk sukan dan riadah terus diperluas.

Jelasnya, program sedemikian mampu menggalakkan budaya hidup sihat, sekali gus memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

\”Ini merupakan satu perkara yang sihat sekali tanpa kita sedari.. ia juga boleh memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat..sebab itu saya kira program begini patut banyak diadakan,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....