Home Nasional Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai
Nasional

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 25 Mac– Semangat dedikasi dan pengorbanan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bukan sahaja rela berkhidmat sepanjang masa, namun sentiasa bersedia berkorban nyawa demi rakyat dan negara tercinta, harus kita semua syukuri dan hargai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tiada harta di dunia ini yang dapat membalas jasa dan pengorbanan semua anggota keselamatan negara.

\”Semoga setiap titis keringat yang ditabur mendapat ganjaran kebaikan dan dikurniakan kerahmatan.

Beliau berkata “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada” adalah slogan keramat yang dipegang seluruh pegawai dan anggota PDRM dalam memberi perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta keamanan negara.

\”Terima kasih wira dan wirawati negara. Jasa kalian semua hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

\”Selamat Menyambut Hari Polis Ke-218\”, katanya menerusi hantaran di Facebook.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....