Home Nasional Selepas abang, adik pula meninggal dunia termakan keropok mengandungi racun
Nasional

Selepas abang, adik pula meninggal dunia termakan keropok mengandungi racun

Selepas abang, adik pula meninggal dunia termakan keropok mengandungi racun

Foto RTM

KULIM, 12 Julai– Seorang lagi mangsa yang kritikal akibat termakan keropok segera yang dipercayai dicampur dengan racun tikus, meninggal dunia.

Muhammad Luth Syauqi, 2 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, kira-kira pukul 1.20 petang tadi.

Allahyarham Luth meninggal dunia, dua hari selepas pemergian abangnya, Muhammad Akil Syauqi di hospital sama.

Kematian mangsa disahkan Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi.

\”Proses bedah siasat akan dilakukan di Hospital Pulau Pinang.Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta 611 dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan,\” jelas Superintenden Mohd Azizul, hari ini.

Pada 7 Julai lalu, kedua-dua mangsa dikatakan mengikut datuk mereka mencari lembu di kawasan berdekatan di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim.

Mereka kemudian pulang semula ke rumah dengan membawa bungkusan keropok.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Nurain Hasnorizal, 25 tahun memaklumkan kedua-dua anaknya itu menggelupur seperti diserang sawan selain muntah-muntah sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Superintenden Mohd Azizul berkata dua kanak-kanak berkenaan kritikal selepas termakan keropok segera yang mengandungi racun tikus.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa telah mengambil dan memakan satu peket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar yang mengandungi racun bagi tujuan untuk memerangkap monyet.

Jenazah Muhammad Akil Syauqi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling, pada Rabu lalu.

BERITA BERKAITAN:

  • Seorang kanak-kanak kritikal termakan keropok mengandungi racun tikus meninggal dunia
  • Ibu bapa kanak-kanak mangsa keropok beracun jalani rawatan kaunseling
  • Racun tikus: Polis ambil keterangan pemilik kebun, ahli keluarga mangsa
  • Kes keropok beracun: Pekebun direman enam hari

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....