Monday , 17 February 2025
Home Nasional Selenggara aliran sungai di Kedah elak banjir kilat – Jasnizam Husni
Nasional

Selenggara aliran sungai di Kedah elak banjir kilat – Jasnizam Husni

Selenggara aliran sungai di Kedah elak banjir kilat – Jasnizam  Husni

Lakukan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap sungai-sungai utama dan sungai-sungai kecil di Kedah.

PADANG TERAP, 30 September – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta melakukan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap sungai-sungai utama dan sungai-sungai kecil di Kedah.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Muhammad Jasnizam Husni berkata, keadaan sungai yang dipenuhi pokok liar, sampah sarap, serta alur yang cetek dan sempit dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya banjir di Kedah ketika ini.

Katanya, sungai-sungai kecil yang bersambung dengan sungai utama perlu diperluas dan dibersihkan bagi memastikan aliran air yang lebih lancar terutama ketika hujan lebat.

\”Langkah ini penting untuk mengurangkan risiko banjir yang lebih buruk. Pelan jangka panjang harus dirangka segera kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat.

\”Kita dapat kurangkan risiko banjir sekiranya perparitan dan kawasan rendah diteliti semula. Saya yakin isu ini boleh diatasi dengan baik.

\”Saya berharap pihak Jabatan Kerja Raya dan JPS dapat meneliti perkara ini, terutama di Kedah dan Padang Terap, kerana tidak banyak lagi kawasan yang dinaiki air secara mendadak,\” katanya.

Beliau bercakap kepada RTM selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Tanjung, Padang Terap, pada Ahad.

Banjir yang berlaku malam semalam menyebabkan 54 penduduk melibatkan 18 keluarga dari Kampung Tanjung dan Kampung Pisang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Aisyah, Kampung Tanjung.

Dalam kejadian itu, turut meragut nyawa dua beranak iaitu Salmah Mat Zain, 46 tahun dan anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19 tahun yang merupakan remaja Orang Kurang Upaya (OKU).

Kedua-dua mangsa dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Kampung Tanjung Kanan, Padang Terap, dua hari lalu.

Mayat Muhammad Rosman ditemui pada petang Sabtu lalu, manakala mayat ibunya ditemui pagi semalam.

Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Aisyah, Kampung Tanjung, petang semalam.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...