Home Nasional Selangor siap siaga berdepan sebarang situasi bencana – Amirudin
Nasional

Selangor siap siaga berdepan sebarang situasi bencana – Amirudin

Selangor siap siaga berdepan sebarang situasi bencana – Amirudin

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 31 Oktober– Selangor kini berada dalam fasa bersiap siaga berdepan sebarang situasi bencana atau kecemasan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa beliau mahu semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor turut bersedia dalam negara, terutama menjelang Disember nanti.

Arahan itu bagi memantau keadaan serta tindakan segera dapat dibuat, jika banjir melanda.

Tambahnya, mengambil kira pengalaman banjir sebelum ini, kerajaan negeri Selangor bertekad memastikan langkah-langkah susulan dan bantuan kecemasan dapat dilaksanakan segera demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

\”Mesyuarat MKN lepas, kita telah putuskan untuk pantau dan kita harap semua Exco dapat berada dalam negara terutama pada bulan 12.

Kemungkinan banjir boleh berulang dan kita boleh ambil langkah-langkah susulan kalau berlaku kejadian tersebut,\” kata Amirudin kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan ziarah Rahmah Deepavali di Sri Muda, Shah Alam.

Sementara itu, beliau juga berkesempatan bertemu kembali dengan anak kecil yang diselamatkan beliau dalam insiden banjir besar pada Disember 2021.

Beliauturut menyampaikan mesej perpaduan dan dalam masa menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan setiap lapisan masyarakat.

\”Hari ini saya dapat jumpa Kiyesh iaitu anak kecil yang saya selamatkan semasa kejadian banjir pada Disember 2021.

Jadi, Deepavali ini saya ziarah sebagai tanda bahawa kita akan jaga semua masyarakat. Untuk kita meraikan perayaan bersama, mencipta kenangan bersama keluarga,\” tambah Amirudin.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....