Home Nasional Selangor sedia kerjasama kes MBI
Nasional

Selangor sedia kerjasama kes MBI

Selangor sedia kerjasama kes MBI

Amirudin Shari / Foto BERNAMA

KLANG, 26 Oktober- Selangor bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berikutan siasatan kes rasuah yang dijalankan terhadap Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, semua pihak diminta tidak mengeluarkan kenyataan yang bersifat menuding jari atau yang boleh mengganggu siasatan pihak berkaitan bagi memastikan siasatan berjalan lancar.

\”Tiada masalah kita akan menyampaikan maklumat yang sebaik mungkin untuk membersihkan sebarang keraguan dan untuk menjelaskan sebarang pertanyaan. Jika ada kesilapan atau masalah prosedur, kita akan membetulkan prosedur tersebut.

\”Namun, jika terdapat isu yang melibatkan jenayah, tindakan lanjut terhadap pihak terlibat adalah di luar bidang kuasa negeri. Negeri akan melaksanakan penambahbaikan dan juga akan melakukan pemantauan supaya perkara tersebut tidak berulang,\” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Pemukiman Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 di sini.

Dalam perkembangan lain, Amirudin turut berhasrat mencadangkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk meningkatkan gred penghulu dan penggawa dengan mengambil kira peranan serta fungsi institusi pemimpin masyarakat dalam negara.

Malah, Amirudin bersedia membawa perkara berkenaan ke Parlimen.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....