Home Nasional Selangor rancang bina LRT di kawasan luar bandar
Nasional

Selangor rancang bina LRT di kawasan luar bandar

Selangor rancang bina LRT di kawasan luar bandar

Datuk Seri Amirudin Shari

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Kerajaan Negeri Selangor sedang merancang pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di kawasan luar bandar iaitu di selatan dan utara negeri itu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kajian mengenai perkara itu telah dimulakan sejak tahun lepas dan dijangka siap pada April ini untuk dibentangkan.

Pihaknya juga sudah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai hasrat tersebut.

\”Kemungkinan kalau boleh mulakan, kita akan laksanakan di selatan dahulu tahun ini, atau paling cepat tahun depan.

\”Untuk di utara, ia melibatkan kos kerana ia memerlukan kos tinggi dan saya perlu pelabur yang bersedia untuk menyambung laluan dari Sabak Bernam sampai ke Klang dan Sabak Bernam ke Shah Alam,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas temuramah ekslusif menerusi program ‘Kita Selangor’ di Konti Selangorfm, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media di sini.

Menurut beliau, projek LRT itu dijangka mengambil masa enam tahun untuk disiapkan bagi memudahkan penduduk luar bandar menerima pengangkutan awam sebagai alternatif baharu untuk bergerak.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...