Home Nasional Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Nasional

Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025

Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 27 Disember– Kerajaan Selangor akan memperuntukkan lebih RM3 juta untuk pelaksanaan Festival Turath Islami Selangor serta program keseniaan Islam di negeri itu pada tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan berterusan festival itu merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat di negeri itu.

“Kita ingin membangunkan negara dan negeri ini bukan hanya dengan bangunan agam dan mewah, tetapi kita juga mahu membangunkan manusia, satu daripada caranya adalah dengan menyentuh serta menyuburkan hatinya dengan iman dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

“Justeru, majlis seperti ini (diisi dengan) selawat, zikir dan program pengajian, seperti penggalian ilmu, contohnya turath yang akan menjadi antara pengisian penting kerajaan negeri,” katanya semasa berucap pada pembukaan Festival Darul Ehsan Berselawat 2024 di Setia City Park Oval Lawn, di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah menganjurkan Festival Turath Islami Selangor kali kedua pada 26 Mei hingga 2 Jun lepas melibatkan 11 acara antaranya program Daurah Hadis 40, Pameran Al Wahyu: Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu, syarahan, Munaqasyah Ilmiah dan program selawat selain penglibatan 23 ulama serta ilmuwan Islam dari dalam dan luar negara.

Festival Darul Ehsan Berselawat 2024 merupakan majlis munajat, zikir dan berselawat berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dari pukul 4.00 petang hingga pukul 12.00 tengah malam dan kemasukan adalah percuma.

Ia menampilkan antaranya Dr Habib Luthfi Ali Yahya, iaitu agamawan dari Indonesia dan Habib Nael Ben Taher serta Habib Najmuddin Al-Khered.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....